Mari kita dengar satu cerita hantu... Ini kawan baik aku yang cerita tahun lepas... Pada suatu malam... sepasang suami isteri sedang dalam suatu perjalanan (yang tidak diketahui - balik kampung kut?), dengan menaiki sebuah kereta di lebuh raya (nama kawasan peristiwa seram lebuh raya ni dirahsiakan untuk menjaga ketenteraman pengguna yang mungkin menggunanya)..... tiba-tiba air kereta itu habis (air cooler kot)... maka terpaksalah si suami berhentikan keretanya..... (HAH SAPE KAT BELAKANG ANDA!!!! - tak seram ke?)
Si suami lalu meninggalkan isterinya di dalam kereta.... kemudian dia pun masuk ke dalam hutan berhampiran sungai untuk mencari air.... lama dan lama betul si isteri menunggu... suaminya belum pulang....(pastikan bulu roma anda meremang, dan anda terasa seram sejuk untuk menjadikan cerita ini lebih thriller.... ambik mood seram la dulu he he).... tiba-tiba kedengaran seperti ada benda diketuk-ketuk di atas bumbung kereta... si isteri pun tak berani nak keluar tengok (nasib baik cermin tingkap tertutup - baca dengan suara lebih garau)....
Lepas tu seorang penunggang motosikal lalu... pada mulanya dia memperlahankan motosikalnya... dia memandang kepada si isteri, lepas tu dia pun memandang ke atas bumbung kereta... lepas tu dia pecut motosikal dengan laju... takut sial.... (awas... apabila anda dah baca sampai sini... ketahuilah... ada benda semakin merapati anda.... iaitu.... renung-renungkanlah....)
Si isteri mula terasa pelik... dan berdebar... tapi dia masih tak berani nak keluar... nasib baik tingkap tutup tuh... siap air-cond lagi malam-malam buta...
Tak lama kemudian... beberapa buah kereta, termasuk kereta polis, tok bomoh dan penunggang motosikal tadi... si isteri mula merasa semakin pelik... selepas membaca beberapa benda yang tak pasti.... si bomoh memanggil si isteri keluar dari kereta... tapi dengan syarat jangan sekali-kali berpaling ke belakang, iaitu memandang ke atas bumbung kereta...
Baru beberapa langkah si isteri mendekati si tok bomoh, dia pun dengan perasaan sungguh ingin tahu terus berpaling memandang ke bumbung atas kereta...
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati, seekor hantu berbulu lebat sedang mengetuk-ngetuk kepala suaminya yang dah putus di atas bumbung kereta (mungkin hantu tu nak makan otak kot... tapi bumbung kereta bukannya besi keras... sebab tu lama kan main nak pecah)... badan entah ke mana...
TAMAT.... ape seram tak... kalau korang ada kisah seram.... jom la kongsi he he he..... Seram.... Menyeramkan (suara garau)....
No comments:
Post a Comment